index.html KLIK HERE
Saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada En. Ghani Mohd. Noor selaku Pegawai Pendidikan Daerah Mersing kerana dengan tindakan dan usahanya satu hompej atau halaman web Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin dapat disediakan.
Usaha ini perlu diteruskan dan pihak sekolah akan meneruskan usaha yang telah dimulakan oleh pihak PPD Mersing. Pihak kami berjanji akan cuba sedaya upaya kami untuk membina satu hompej yang cantik dan bermutu tinggi.
Perkembangan keilmuan sentiasa berjalan dengan pesatnya dan kitalah penyambung kepada perkembangan itu. Halaman web atau hompej ini menjadi wardah untuk merakamkan segala perkembangan di peringkat sekolah mahupun diperingkat daerah serta negeri. Hompej ini juga seharusnya dapat mencerminkan kemahiran, kecekapan dan pencapaian para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin baik di bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum sepanjang zaman.
Piagam Pelangan Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin yang menjurus ke arah Falsafah Pendidikan Negara akan menjadikan sekolah ini dikenali ramai.
Adalah menjadi harapan saya agar makalah yang terkandung di dalam hompej ini akan mendorong kita semua mencari kekuatan dan kelamahan diri supaya lebih yakin dalam berusaha untuk menempah kejayaan yang lebih gemilang.
KLIK PADA MUKADEPAN