Bahawasanya murid-murid yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek. Dengan itu, seluas-luasnya peluang akan diberi kepada murid-murid sekolah ini untuk mengembangkan intelek.
Bahawasanya kaum pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan iktisas serta keupayaan profesional untuk memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan bermutu tinggi bagi memajukan pelajaran.
Bahawa sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi intelek, menyediakan kemudahan fizikal dan tenaga pengajar serta bersedia untuk memikul tanggungjawab bagi melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan yang positif kepada agama, bangsa dan negara.
Bahawasanya murid, guru dan kakitangan sekolah akan sentiasa menjaga nama baik sekolah serta akademik, agama, sosial, sukan dan lain-lain.
Bahawasanya murid, guru dan kakitangan sekolah ini sentiasa bekerjasama dengan masyarakat bagi mencari idea-idea baru, menanamkan semangat cintakan sekolah, dan menjadikan sekolah sebagai institusi masyarakat.