SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH DATO', MERSING

VISI SEKOLAH

Menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang serba lengkap dan berkeupayaan untuk melahirkan genarasi masa depan yang berkemampuan menhadapi cabaran dunia pada bila-bila masa.

MISI SEKOLAH

Merealisasikan sistem pendidikan yang terbaik untuk melahirkan insan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

OBJEKTIF SEKOLAH

1. Meningkatkan prestasi pencapaian UPSR dalam aspek kualiti dan kuantiti:

2. Meningkatkan prestasi pencapaian PKSR dalam mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan PAFA kepada tahap lulus minima 70%.

3. Menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa dan berkesan serta menarik minat murid belajar dalam menggalak mereka menggunakan daya fikir yang tajam.

4. Mewujudkan satu budaya kerja yang berkesan di kalangan kakitangan guru, bukan guru dan murid ke arah menjadikan sekolah sebagai "Sekolah Contoh" dalam daerah dan juga negeri.

5. Merapatkan kerjasama antara sekolah dan masyarakat setempat bagi mewujudkan rasa "kekitaan" terhadap peranan dan tanggungjawab memajukan sekolah.

6. Membentuk sikap taat setia, patuh kepada peraturan, hormat kepada orang yang lebih tua, ibu bapa dan guru, menjaga keselamatan harta benda awam dan menjaga nama baik sekolah.

7. Melahirkan murid yang serba boleh dan berketrampilan, sedia memberikan bantuan dan khidmat tanpa mengira balasan.

    STRATEGI

1. Menubuhkan sebuah Jawatankuasa Program Sekolah dan mewujudkan beberapa Jawatankuasa Kecil Kerja projek yang dikenalpasti.

2 Merancamg satu program kurikulum, ko-kurikulum, Hal ehwal murid dan kemasyarakatan jangka panjang dan jangka pendek yang berkesan untuk mementukan sasaran dapat tercapai.

3. Mengadakan satu sesi taklimat/penerangan kepada semua kaki tangan/warga sekolah mengnaia program yang akan dilaksanakan dan mengumumkan perlantikan mereka serta menjelaskan dan peranan masing-masing.

4. Merangka satu pelan tindakan menunjukkan prestasi kerja yang telah dicapai dan tindakan pembaikan serta merta dilakukan terhadap mana-mana yang menghadapi masalah.

5. Menyelia perlaksanaan projek dari semasa ke semasa dan menerima laporan kemajuan projek mengikut tarikh-tarikh yang telah ditentukan.

6. Menyediakan laporan perlaksanaan dari aal hinggan akhir aktitiviti projek mengikut format yang disediakan.

7. Mengadakan perbincangan dan penilaian terhadap perlaksanaan aktiviti projek dan memberikan cadangan pembaikan pada masa hadapan.

8. Mendokumentasikan kertas kerja aktiviti projek untuk simpanan dan rujukan masa hadapan.

KE MENU UTAMA