LATAR BELAKANG SEKOLAH
(gambar diambil pada 18 Januari 1997)
Sekolah Kebangsaan Sawah Dato', Mersing mula dibuka pada 19 November 1945. Ia terletak di kilometer 5, Jalan Endau, Mersing, Johor dan dapat dilihat dari jalan besar di sebelah kanan hala ke pekan Endau.
Sekolah ini berkeluasan lima ekar, mengandungi dua blok bangunan kekal dua tingkat dan satu blok bangunan yang diusahakan secara gotong-royong, serta sebuah bangunan kantin. Ia mempunyai enam belas bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik pusat sumber, bilik pejabat dan sebuah bilik guru.. Beberapa buah bilik diubahsuai dijadikan bilik-bilik khas; Kemahiran Hidup, Bilik Sains, Bilik Alat Bantu Mengajar, Bilik Muzik, Bilik Mesyuarat, Bilik Komputer, Bilik Kelas Pra Sekolah, Bilik Pemulihan dan Stor Buku Teks.
Sekolah ini mempunyai kemudahan padang permainan yang boleh diadakan acara olahraga menggunakan trek 200 meter. Permainan bola sepak juga lain-lain permainan boleh diadakan di padang ini.
Seramai 31 orang guru iaitu 9 lelaki dan 22 perempuan mengajar di sekolah ini. Dua orang sedang mengikuti kursus ijazah pertama di IPT tempatan. Hanya dua orang daripada mereka bertaraf sandaran. Mereka sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) di maktab Perguruan Batu Pahat, Johor
KE MENU UTAMA |
This page hosted by Get
your own Free Home Page