Menjadi tuan rumah Sukan Masmat (Zon A) Bahagian Perempuan. Sukan ini
berlangsung pada 16 Mac 2000 selama 2 hari. Selain Sekolah Menengah Agama
Al-Falah, sekolah lain yang termasuk dalam Zon A ialah Sekolah Menengah
Sultan Ismail, Dungun dan Sekolah Menengah Agama Mahmuddiah, Kuala Berang.
Pertubuhan Bulan Sabit Merah(PBSM) sekolah ini telah menganjurkan Hari
Perkhemahan PBSM pada 20-22 April 2000 bertempat di Sekolah Menengah Agama
Al-Falah. Antara pengisiannya ialah pertandingan berkhemah, memasak, kawad
kaki selain ceramah dan kuliah agama. Seramai 45 orang ahli PBSM telah
mengambil bahagian dalam perkhemahan tersebut.
Seminar Teknik Menjawab Peperiksaan bagi PMR, SPM dan STPM berlangsung
sepanjang bulan Ogos hingga September 2000. Penceramah yang terdiri daripada
pemeriksa berpengalaman dari sekitar daerah Dungun dan Kemaman telah memberikan
ceramah tentang teknik menjawab peperiksaan.
Majlis Konferens Ibubapa yang dianjurkan oleh PIBG untuk ibubapa pelajar
yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2000 berlangsung pada
17 Julai 2000. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Awang Dagang
bin Jusoh, ADUN Kawasan Chukai.
Kelab Memanah Sekolah telah mengadakan Pertandingan Memanah pada 4 Julai
2000 untuk memilih peserta yang akan mewakili sekolah dalam Pertandingan
Memanah Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu Kali Ke-2. Seramai 10
oarang peserta terbaik dalam kategori lelaki dan perempuan bagi jarak 20
meter dan 30 meter.
Menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Memanah Sekolah-Sekolah Menengah
Agama Negeri Terengganu Kali ke-2 tahun 2000 pada 6 - 9 Julai 2000. Dalam
pertandingan berkenaan, sebanyak 10 buah sekolah agama negeri telah mengambil
bahagian. Tuan rumah telah memenangi Piala Pusingan bagi Johan Keseluruhan
Kategori Lelaki dan Perempuan.
Kelab Komputer Sekolah (KOMSAK) telah mengadakan kem Kolektif IT selama
2 hari bermula 6 - 8 Julai 2000. Seramai 20 orang ahli kelab dari tingkatan
1 dan 2 telah menyertai kem ini yang dikendalikan oleh AJK KOMSAK dan penceramah
jemputan dari TATI.
Menjadi tuan bagi Pertandingan Pidato Maulidur Rasul Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu Kali Ke-5 pada 18 Jun 2000. Seramai 22 orang peserta dari 10 buah sekolah telah mengambil bahagian.
Khemah Ibadat bagi Pelajar-pelajar PMR, SPM dan STPM 2000 telah diadakan
pada 20 Ogos bertempat di Sekolah Menengah Agama Al-Falah. Seramai 344
orang peserta telah mengambil bahagian dalam khemah ibadat untuk selama
2 hari satu malam. Antara pengisiannya ialah Solat hajat, Qiamulail, Ceramah
Motivasi, Kuliah Agama dan riadah.
Kursus Motivasi Untuk Pelajar-Pelajar SPM telah diadakan pada 14 - 17
Julai 2000. Seramai 144 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kursus
yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan, JHEAT. Seramai 10 orang fasilitator
telah terlibat sepanjang kursus berkenaan selama 3 hari.
Kursus Motivasi Kecemerlangan Pelajar PMR 2000 telah diadakan pada 20 - 22 Julai 2000. Seramai 244 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kursus yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia, Terengganu. Seramai 20 oarang fasilitator telah menyumbangkan tenaga untuk menjayakan kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu.
Ceramah Kesihatan telah diadakan di Dewan Sekolah oleh PROSTAR Daerah
Kemaman dengan kerjasama PROSTAR Sekolah Menengah Agama Al-Falah. Semua
pelajar telah mengikuti ceramah tentang Aids yang disampaikan oleh doktor
dari Jabatan Kesihatan Daerah Kemaman.
Menjadi tuan rumah Bengkel Penjelajahan IT Program Penggalakkan Sains
dan Teknologi (PPST)2000 Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Terengganu pada
8-9 September 2000. Seramai 20 orang pelajar dari sekolah daerah Dungun
dan Kemaman menjadi peserta bengkel yang dianjurkan oleh Unit Perancang
Ekonomi negeri Terengganu dengan kerjasama Bahagian Pendidikan, JHEAT.
Bengkel ini dikendalikan oleh 3 orang fasilitator Bahagian Pendidikan.
Pertubuhan Silat Sekolah telah mengadakan Pertandingan Silat Seni dan
Pencak Silat pada 17 Ogos bertempat di Dewan sekolah. Seramai 54 orang
pesilat telah mengambil bahagian dalam kategori masing-masing.Peserta yang
berjaya telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Silat
Seni Kali ke-7 yang diadakan di KOSPINT.