LOKASI SEKOLAH
 
Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak terletak
dalam sebuah Kem Tentera yang dikenali sebagai
Kem Terendak.
Kem Terendak atau lokasinya terletak di mukim Sungai Udang.
Jarak Kem Terendak ke bandar Melaka ialah 25 kilometer dan
mengambil masa lebih kurang 1 jam. Jarak antara Kem Terendak
ke pekan Masjid Tanah pula ialah 15 kilometer dan mengambil
masa lebih kurang 20 minit dengan menaiki bas. Panjang jalan
dari pemeriksaan Polis Tentera (MP) dari arah simpang Terendak
ialah 4.6 kilometer.
Keluasan Kem Terendak ialah 6,000 ekar.
Nama asal Kem Terendak ialah 'Fort George'. Ia telah dirasmikan
pada 17 Jun 1958 oleh Jeneral Sir Francis Fesling iaitu Komander
Angkatan Tentera Timur Jauh. Nama 'Fort George' ditukar kepada
'Kem Terendak' semasa perjumpaan di antara Perdana Menteri
Malaysia pertama. Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dengan
Mr Duncan Sandy. Nama Kem Terendak dipilih bersempena dengan
nama bukit yang terdapat di kawasan tersebut
Kem Terendak
 
SEJARAH
 
Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak (SMKKT) sebelum
diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1972
dikenali dengan nama Slim School (1). Sekolah ini telah dirasmikan
pembukaannya pada 10 Febuari 1965 oleh Brigadier T.D.H Mc Meekin
O.B.E. Sebelum tahun 1972 pentadbiran sekolah ini adalah dibawah
kawalan Kerajaan Komanwel. Malah sehingga kini SMKKT ditadbirkan
oleh dua badan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian
Pertahanan Malaysia. Ciri inilah yang membezakan sekolah ini dengan
sekolah-sekolah lain dinegeri ini.
jumlah guru ketika mula diambil alih oleh Kementerian Pelajaran
ialah seramai 11 orang dengan bilangan muridnya 222 orang serta
memepunyai 7 kelas sahaja. Pertambahan jumlah ini berlaku pada
tahun 1973 dimana bilangan gurunya ialah 15 orang dengan jumlah
muridnya seramai 314 orang dan bilangan kelas menjadi 10. Di
peringkatini kerja-kerja perkeranian di buat oleh Tuan Pengetua
sendiri dan pihak Garison (Kementerian Pertahanan) hanya
membekallan3 orang pekerja (tukang kebun dan tukang sapu).
Jumlah ini bertambah tahun-tahun seterusnya dan buat masa
sekarang bilangan gurunya ialah43 orang dengan muridnya
seramai 706 orang dan bilangan kelastelah menjadi sebanyak
22 kelas.
 
 
 
Salah satu sifat unik SMKKT ini ialah pelajar-pelajarnya terdiri
daripadapelajar seluruh Malaysia kerana Ibubapa mereka adalah
anggota tentera.Namun terdapat juga anak-anak orang awam
disekolah ini tetapi bilangan mereka tidaklah begitu ramai.
 
 
 
STRUKTUR BANGUNAN
 
Bentuk sekolah ini juga berbeza dengan sekolah-sekolah lain.
Ia mempunyai lima bangunan dan terdapat sebuah dewan dan
lima buah makmal sains.Bilik-bilik darjahnya kecil dan hanya
boleh menampung antara 25 - 30 orang pelajar sahaja. Pada
mulanya semasa di bawah pentadbiran Kerajaan Komanwealth,
dewan sekolah ini merupakah sebuah panggong wayang mini
dan semasa peringkat awal pengambilalihan sekolah ini, semua
bilik dibangunan utama dilengkapi dengan pendingin hawa tetapi
kini telah diubah kepada kipas dinding sahaja. Ini kerana peredaran
ruang udaranya tidak begitu memuaskan.Terdapat dua buah
asrama yang setiap satunya boleh menampung 100orang pelajar.
Kebanyakan penghuni asrama ini adalah terdiri daripada
anak-anak anggota tentera yang bertugas diluar negeri Melaka.
 
 
pergi ke indeks